Saturday, 29 June 2013

Our Love Is Half Like Swans

"Swans only have one partner for their entire life, and if their partner dies they could possibly pass away from a broken heart."
-UnusualFactPage.

Even animals know what LOVE is. :')

Friday, 28 June 2013

Bukan Mudah, Tapi Kau Tak Punya Pilihan.

Kerana itulah kita selalu mendengar,
"If you cant change people or surrounding that give problem to you,then change yourself!"
"Others always give us false hope, so stop hoping on them, and do it your own now!"

ayat pertama secara mudahnya boleh dikonklusikan sebagai, BE FLEXIBLE, BE TRANSFORMER!
ayat kedua secara mudahnya boleh dikonklusikan sebagai, BE PROACTIVE!

untuk adik-adik saya di sekolah,
kakak nak cakap,

Jika awak.

1. "xleh belajar la cikgu....cikgu A x macam cikgu B, dia ajar boring. kalau cikgu B, dia xkan tukar topik selagi kami x faham, kalau cikgu A, kalau x faham dia ajar sikit pastu dia teruskan masuk topik lain."

2. "mak saya x faham saya la cikgu....saya memang x boleh share problem dengan dia. nak share dengan kakak pulak kakak pun sama je. kalau mak, nanti dia akan salahkan saya balik. dorang macam x percaya apa sy cakap kadang2..they are too skeptical. kakak pulak kalau cerita apa2, mesti dia kecoh kt mak." 

3. "ayah saya suka pukul saya dengan abang saya cikgu. saya x tahan, pernah saya buka radio, dia baling pinggan nasi dekat saya. pernah dia pijak dada saya sampai saya sesak nafas. saya lari dengan abang pergi rumah nenek. ayah pun suka pukul mak, kalau mak nak pegi rumah nenek bagi duit kat kami, dia akan halang."

kakak faham dalam situasi di atas, bukan mudah untuk mengubah diri sendiri kerana effect orang2 dia atas sangat besar terhadap kamu. mereka CIKGU, IBU, KAKAK, AYAH. ohh mereka orang yang saya akan berdepan setiap hari! macam mana nak lari dari mereka? mudahnya cikgu cakap ubah diri sendiri, sedangkan bukan salah saya, mereka yang salah buat saya macam ni!

Adik, kakak tak cakap perbuatan mereka tu betul. Ya, mereka salah.
Tapi ingat, IF YOU CANT CHANGE PEOPLE OR SURROUNDING THAT GIVE PROBLEM TO YOU, apa lagi yang tinggal, hanya KEKUATAN DIRI SENDIRI BUKAN???
Abaikan mereka, kerana mereka tidak mahu mengerti keperitan kamu. Abaikan apa mereka boleh buat untuk kamu. Buatlah, baiki diri untuk diri kamu sendiri! 
Satu hari kamu akan sedar, bahawa semuanya akan kamu hadapi sendiri, buktinya, mati itu sendiri adik! 
Manusia hanya menghantarmu ke kubur dan menemanimu selama beberapa minit dan berlalu ke kehidupan masing2, kerana itu kamu dengar, life must go on. 
Jadi, fokuskan pada diri sendiri!
Kaunseling disini untuk membantumu.... :)

1. Jika cikgu x kreatif dalam mengajar, kamu cari bantuan secepat mungkin, dari orang yang boleh mengajarmu dengan baik. Atau, kuatkan dirimu untuk masuk kedalam acuan pengajaran cikgu tu.

2. Jika kakak atau ibu tidak memahamimu, carilah orang lain yg boleh kau percayai, boleh kau kongsikan duka lara hatimu. Biasanya, seorang kaunselor sentiasa di sebelahmu untuk membantu, cuma engkau yang selalu x perasan!. Kami memenerimamu tanpa syarat. Atau, bina kekuatan diri agar masalah yang remeh tidak menjadi kudis buatmu. Dengan itu, kau akan kurang pergantungan terhadap mereka.

3. Jika kamu tertekan dengan sikap ayah yang tidak menjalankan tanggungjawab, lari mencari perlindungan yang lebih baik itu betul. Itulah sebaiknya. Tapi jika kamu, mampu menguatkan dirimu untuk berdepan si ayah secara psikologi, itu lebih terbaik!

Dan banyak lagi cara adik. Yang mungkin kakak x terfikir pun tapi engkau tahu. Hadirkan hidup ini dengan plan B, dengan alternatif, jika berlaku sesuatu keadaan yg tidak mengikut kehendakmu atau jangkaanmu!
HIDUP HARUS BIJAK! 

Ia bergantung kepada PENERIMAAN fizikal dan mental kamu terhadap manusia dan situasi yang menghimpit jiwamu. tapi INGAT, menerima bukanlah bermaksud tunduk, mengalah, lemah, atau ikut sahaja apa yang berlaku. TIDAK!!! 
Penerimaan atau adjustment bermaksud bertindak mengubah keadaan tanpa perlu kekasaran atau perbuatan negatif yang mana hasil dari adjustment ini ialah, kekuatan dalaman yang lebih akan terhasil pada dirimu!

Sekian buat waktu ini. 

Thursday, 6 June 2013

Dear You, Little Things

Your hand fits in mine
Like it's made just for me
But bear this in mind
It was meant to be
And I'm joining up the dots with the freckles on your cheeks
And it all makes sense to me

I know you've never loved
The crinkles by your eyes
When you smile
You've never loved
Your stomach or your thighs,
The dimples in your back at the bottom of your spine
But I'll love them endlessly

I won't let these little things slip out of my mouth
But if I do
It's you
Oh, it's you they add up to
I'm in love with you
And all these little things

You can't go to bed without a cup of tea
And maybe that's the reason that you talk in your sleep
And all those conversations are the secrets that I keep
Though it makes no sense to me

I know you've never loved
The sound of your voice on tape
You never want
To know how much you weigh
You still have to squeeze into your jeans
But you're perfect to me

You'll never love yourself half as much as I love you
You'll never treat yourself right, darling, but I want you to.
If I let you know I'm here for you
Maybe you'll love yourself like I love you, oh.

Sunday, 2 June 2013

Tangan Dihulur @ Tangan Ditarik?

"Mintak tolong pun susah."
"Bukan tak pernah tolong langsung pun."
"Memang la, tak cakap pun tak pernah tolong langsung."
"Habis tu? Nak merajuk kenapa."
"Ye lah, Memang tolong, tapi jenuh nak kena.... (ayat seterusnya bergantung pada situasi masing-masing)"
"Owh, selama ni memang saya tak pernah tolong awak langsung pun la eh? Owh...macam tu ye...hmm..takpe2..."


Pernah alami kan?

1) Kita dah tolong orang, tapi lagak dia macam kita tak pernah tolong langsung. Habis tu yang kita tolong selama ni tu apa?

2) Orang tu memang pernah tolong kita pun. Tapi kita still tak puas hati dan rasa dia bukanlah orang yang rela menolong kita.

K.O.N.K.L.U.S.I:

Ikhlas. Ya itu lah kata kuncinya.

1. Kenapa banyak kali kita tolong pun, orang masih tak nampak? Masih dikata kita tak membantu. Kerana setiap kali pertolongan diperlukan, bukan tangan kita yang rela menghulur, bahkan terpaksa dipinta dan dirayu oleh si peminta tolong tadi. Ini kriteria utama. Sebab orang tu tak nampak kita sebagai orang yang betul-betul boleh diharapkan membantu bila didalam kesusahan, tapi terpaksa meminta2 untuk dibantu. Bahkan kadang2 dibuat2 tak faham bahawa orang itu benar2 mendambakan pertolongan. Jadi bagaimana nak membina persepsi baik bahawa kita penolong yang sudah banyak menolong?

2. Kalau banyak kali orang tolong pun, kita tak rasa benar2 tertolong? Kerana lelah menghadapi kesusahan tersebut bertambah dengan lelah menghadap ketidakrelaan si penolong. Ya, lelah berganda.

3. Ikhlas itu bukan "Saya dah banyak tolong awak!"
Ikhlas itu maknanya "Saya dah buat yang termampu untuk tolong awak!"

Acapkali melabel diri sebagai pembantu yang baik dengan hanya mengira frekuensi penglibatan, kita selalu salah pemahaman,
Kualiti pertolongan adalah bukan pada kuantiti pertolongan! Tapi pada kesungguhan dan kerelaan!

Walau sekali awak tolong, tapi dengan kesungguhan dan tanpa perlu dipinta2, akan dikenang sampai mati!
Tapi kalau banyak kali awak tolong, tapi dengan aura tidak ikhlas, sebab tu si peminta tolong tak mampu mengenang pertolonganmu!

"Pulau Pandan jauh ketengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH,
BUDI YANG BAIK DIKENANG JUA."


Saturday, 1 June 2013

Detik.. Detik.. Penghujung

bercerai kasih, berpisah ruang
berlalu waktu....

bersua semula,
alangkah hiba,
tak lagi serupa,
menanti masa,
berakhir segala,
tamat.
kenangan tercipta.


Wednesday, 22 May 2013

Pabila Cinta Bersemi.........

..apabila tiba masanya, zahirlah segala yang dilafaz dan dirintih dalam doa..
..mimpi menjadi realiti, illusi menjadi hakiki
..maka tika itu jiwa pun menyaksi betapa bererti bila diri bergantung pada ilahi..

-Nukilan Dr.MAZA

Sunday, 19 May 2013

Nilai Agama Dengan Nilai Moral. Apa Beza.

Hari apa ntah aku x ingat,
Dalam slot Modest Culture @ Ikim.fm bersama Prof.Muhaya,

Moderator slot tanya pada dia

"Bagaimana ya bila definisi sesuatu perkara tu berbeza2 bagi setiap orang sedangkan hukum Al-Quran itu tetap dah cakap macam tu. Sebagai contoh, ada orang kata, xpala..sanggul sikit je..bukan seksi pun. Bukannya pakai ketat atau terbelah ke... aku rasa okey lagi macam ni kot.."

Jawab Prof padu,

"Begini lah ye, saya pernah dengar seorang Tok Guru cakap, bezakan antara nilai MORAL dengan nilai AGAMA. Nilai moral ni bergantung pada penerimaan masyarakat setempat tu, tapi nilai agama ni dia kekal, x berubah. Hidup kita ada 2 nilai, dua2 nilai ni yang paling diutamakan mestilah nilai agama. Kalau di Amerika, tidak berbaju di tepi pantai itu dianggap moral kerana masyarakat di situ boleh terima, tapi kalau diikut nilai agama, ia sudah tentu salah. Begitu juga dalam etika pemakaian orang Islam, harus tahu mana perlu diutamakan, nilai moral setempat atau nilai agama."

Aku. terdiam. seketika. mengiakan. yesss. dapat. jawapan.

p/s: Allah hantar orang2 begini, wajib kita hormat, wajib kita kasih, merekalah pewaris Nabi sebenarnya. Semoga orang2 sebegini tidak semakin lupus dalam kalangan kita. Thank You Allah for sending them!

Tak Semestinya

When a statement is said, the opposite of it is not necessarily true. 

Example: If I say Canadians are good people, that doesn't mean that non-Canadians are bad people. 

The opposite of a statement is not necessarily true. 

Many people get angry because they think the opposite is true, and they think that is what's intended by the speaker.

Relax. 


(Aiman Azlan <3)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Okay....yang ni banyak jadi kan...
Paling selalu aku dengar

A: Cantiknya dia ni....bertudung sopan menutup aurat. Macam ni la yg kita nak...bagus
B: Dont judge a book by its cover...yg xpakai tudung belum tentu jahat.

*lebih kurang cmni la ayatnye

Haa......nampak ayat si B? nampak kan...cmtu la..xde orang mention pasal orang xpakai tudung tu jahat. 
Itulah dia,
Menggelabahssss.




Thursday, 9 May 2013

Kekasih, Rindu.


Suatu hari Rasulullah SAW menangis.
Para sahabat bertanya: "Apa yang membuatmu menangis ya Rasulullah?"
Rasul menjawab: "Aku rindu kepada kekasihku"
Sahabat berkata: "Bukankah kami ini kekasihmu ya Rasulullah?"
Rasul menjawab: "Bukan. Kalian adalah sahabatku. Kekasihku adalah mereka yang hidup pada zaman setelahku, mereka beriman kepadaku walaupun mereka belum pernah melihatku."

Allah, Allah, Allah

( Hadis Riwayat Bukhari )

Kami jua R.I.N.D.U padaMu Ya Rasulullah....Ya Habibullah...Pabila terkenangmu, bergenang airmataku..

Friday, 19 April 2013

Ayah Yang Pesan


Ayah pesan. Ringkas.


"Pilih yang sayang kita."



Terhegeh-hegeh. Buat hati luka.

Dari Kacamata Seorang Lelaki



Untuk renungan dan perhatian isteri-isteri dan bakal isteri...

Buat iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung-renung kan lah...

coretan dari hati seorang Muslimah:

*************************************************

Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka.

Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.

Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak.

Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak.

Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya.

Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakan saya.

Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri.

Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun.

Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja.

Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan, tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku.

Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan.

Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya.

Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja.

Dia tiada rangsangan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.

Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari.

Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik.

Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak.

Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, career, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

~ Muslimah sejati ~

************************************************

* Penting di sini kita memahami erti perkahwinan.

Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita.

Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah.

Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman dan perkahwinan juga tempat kita di uji.

Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dan penuh hikmah .

Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna.

Jadikanlah kebaikan seseorg isteri itu sebagai hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg tanggungjawab anda untuk memperbaikinya. ... InsyaAllah.. .....

Monday, 15 April 2013

Ironi Sakit Dan Ubatnya

Asalnya jasad manusia dari tanah,
Dan ubat kpd sakitnya juga berasal dari tanah,
Sebab tumbuh2an dan haiwan yg digunakan utk membuat ubat berasal dari tanah.

Asalnya ruh dari siapa?
Lalu ubatnya juga dari siapa?

-muhasabah ringkas Ustaz **** (maaf x ingt nama) -ikim.fm ptg isinin 15/4/13

konklusi:
sesungguhnya bagi orang yg berfikir, pasti dapat melihat hikmah setiap kejadian.

Saturday, 13 April 2013

Tests . Taste . Faith


Faith has biggest influence in my life.
You dont know the taste of faith until u have been tested.
Until certain point, u will feel really grateful for being tested.
Because thats the chance for u to feel the shower of faith
So, have faith people.

Nite.

Sunday, 7 April 2013

Dakwah Yang Dibenci

Dakwah yang dimulai dengan rasa benci, akan diakhiri dengan orang benci. 
Bila orang dah benci, dakwah kali kedua orang tak nak dengar dah lagi.

Dakwah tu seni.
Tak semua orang boleh masuk satu cara kita yg 'abadi'.



K.O.N.K.L.U.S.I

Pelik dan hairan kan bila kita bercakap benda benar, tapi org yg kita beritahu tu masih xsedar2 atau x terima??

Kan? Pelik kan?
Dalam kepala mula la fikir apa punya jenis liat la org mcm ni, buta hati betul, nilah org xnak terima kebenaran, pemikiran ape tah.
Tapi kita lupa cara kita menyampai tu. 
Dakwah adalah satu bentuk penyampaian@presentation. 
Bila sebut presentation, kita amik situasi pelajar@org bisnes.
Bygkan macam mana beria kita buat preparation?
Segalanya kita nak pastikan cantik. Dan sedap didengar di telinga orang yg kita nak present tu.
Macam tu juga dakwah! :)

Dakwah itu juga bisnes,
Kita jual idea. Idea yg hebat, idea kesejahteraan, idea ISLAM!
Macam mana cara nk menjual/ buat bisnes?
Fikir2 la sendiri! :)

Jangan sampai, kita lah penyebab sebenar orang lain RABUN dari kebenaran. Ye, rabun. Rabun hati.
Eh lupe, dorang rabun hati. Kita, rabun emosi!
.