Saturday, 29 June 2013

Our Love Is Half Like Swans

"Swans only have one partner for their entire life, and if their partner dies they could possibly pass away from a broken heart."
-UnusualFactPage.

Even animals know what LOVE is. :')

Friday, 28 June 2013

Bukan Mudah, Tapi Kau Tak Punya Pilihan.

Kerana itulah kita selalu mendengar,
"If you cant change people or surrounding that give problem to you,then change yourself!"
"Others always give us false hope, so stop hoping on them, and do it your own now!"

ayat pertama secara mudahnya boleh dikonklusikan sebagai, BE FLEXIBLE, BE TRANSFORMER!
ayat kedua secara mudahnya boleh dikonklusikan sebagai, BE PROACTIVE!

untuk adik-adik saya di sekolah,
kakak nak cakap,

Jika awak.

1. "xleh belajar la cikgu....cikgu A x macam cikgu B, dia ajar boring. kalau cikgu B, dia xkan tukar topik selagi kami x faham, kalau cikgu A, kalau x faham dia ajar sikit pastu dia teruskan masuk topik lain."

2. "mak saya x faham saya la cikgu....saya memang x boleh share problem dengan dia. nak share dengan kakak pulak kakak pun sama je. kalau mak, nanti dia akan salahkan saya balik. dorang macam x percaya apa sy cakap kadang2..they are too skeptical. kakak pulak kalau cerita apa2, mesti dia kecoh kt mak." 

3. "ayah saya suka pukul saya dengan abang saya cikgu. saya x tahan, pernah saya buka radio, dia baling pinggan nasi dekat saya. pernah dia pijak dada saya sampai saya sesak nafas. saya lari dengan abang pergi rumah nenek. ayah pun suka pukul mak, kalau mak nak pegi rumah nenek bagi duit kat kami, dia akan halang."

kakak faham dalam situasi di atas, bukan mudah untuk mengubah diri sendiri kerana effect orang2 dia atas sangat besar terhadap kamu. mereka CIKGU, IBU, KAKAK, AYAH. ohh mereka orang yang saya akan berdepan setiap hari! macam mana nak lari dari mereka? mudahnya cikgu cakap ubah diri sendiri, sedangkan bukan salah saya, mereka yang salah buat saya macam ni!

Adik, kakak tak cakap perbuatan mereka tu betul. Ya, mereka salah.
Tapi ingat, IF YOU CANT CHANGE PEOPLE OR SURROUNDING THAT GIVE PROBLEM TO YOU, apa lagi yang tinggal, hanya KEKUATAN DIRI SENDIRI BUKAN???
Abaikan mereka, kerana mereka tidak mahu mengerti keperitan kamu. Abaikan apa mereka boleh buat untuk kamu. Buatlah, baiki diri untuk diri kamu sendiri! 
Satu hari kamu akan sedar, bahawa semuanya akan kamu hadapi sendiri, buktinya, mati itu sendiri adik! 
Manusia hanya menghantarmu ke kubur dan menemanimu selama beberapa minit dan berlalu ke kehidupan masing2, kerana itu kamu dengar, life must go on. 
Jadi, fokuskan pada diri sendiri!
Kaunseling disini untuk membantumu.... :)

1. Jika cikgu x kreatif dalam mengajar, kamu cari bantuan secepat mungkin, dari orang yang boleh mengajarmu dengan baik. Atau, kuatkan dirimu untuk masuk kedalam acuan pengajaran cikgu tu.

2. Jika kakak atau ibu tidak memahamimu, carilah orang lain yg boleh kau percayai, boleh kau kongsikan duka lara hatimu. Biasanya, seorang kaunselor sentiasa di sebelahmu untuk membantu, cuma engkau yang selalu x perasan!. Kami memenerimamu tanpa syarat. Atau, bina kekuatan diri agar masalah yang remeh tidak menjadi kudis buatmu. Dengan itu, kau akan kurang pergantungan terhadap mereka.

3. Jika kamu tertekan dengan sikap ayah yang tidak menjalankan tanggungjawab, lari mencari perlindungan yang lebih baik itu betul. Itulah sebaiknya. Tapi jika kamu, mampu menguatkan dirimu untuk berdepan si ayah secara psikologi, itu lebih terbaik!

Dan banyak lagi cara adik. Yang mungkin kakak x terfikir pun tapi engkau tahu. Hadirkan hidup ini dengan plan B, dengan alternatif, jika berlaku sesuatu keadaan yg tidak mengikut kehendakmu atau jangkaanmu!
HIDUP HARUS BIJAK! 

Ia bergantung kepada PENERIMAAN fizikal dan mental kamu terhadap manusia dan situasi yang menghimpit jiwamu. tapi INGAT, menerima bukanlah bermaksud tunduk, mengalah, lemah, atau ikut sahaja apa yang berlaku. TIDAK!!! 
Penerimaan atau adjustment bermaksud bertindak mengubah keadaan tanpa perlu kekasaran atau perbuatan negatif yang mana hasil dari adjustment ini ialah, kekuatan dalaman yang lebih akan terhasil pada dirimu!

Sekian buat waktu ini. 

Thursday, 6 June 2013

Dear You, Little Things

Your hand fits in mine
Like it's made just for me
But bear this in mind
It was meant to be
And I'm joining up the dots with the freckles on your cheeks
And it all makes sense to me

I know you've never loved
The crinkles by your eyes
When you smile
You've never loved
Your stomach or your thighs,
The dimples in your back at the bottom of your spine
But I'll love them endlessly

I won't let these little things slip out of my mouth
But if I do
It's you
Oh, it's you they add up to
I'm in love with you
And all these little things

You can't go to bed without a cup of tea
And maybe that's the reason that you talk in your sleep
And all those conversations are the secrets that I keep
Though it makes no sense to me

I know you've never loved
The sound of your voice on tape
You never want
To know how much you weigh
You still have to squeeze into your jeans
But you're perfect to me

You'll never love yourself half as much as I love you
You'll never treat yourself right, darling, but I want you to.
If I let you know I'm here for you
Maybe you'll love yourself like I love you, oh.

Sunday, 2 June 2013

Tangan Dihulur @ Tangan Ditarik?

"Mintak tolong pun susah."
"Bukan tak pernah tolong langsung pun."
"Memang la, tak cakap pun tak pernah tolong langsung."
"Habis tu? Nak merajuk kenapa."
"Ye lah, Memang tolong, tapi jenuh nak kena.... (ayat seterusnya bergantung pada situasi masing-masing)"
"Owh, selama ni memang saya tak pernah tolong awak langsung pun la eh? Owh...macam tu ye...hmm..takpe2..."


Pernah alami kan?

1) Kita dah tolong orang, tapi lagak dia macam kita tak pernah tolong langsung. Habis tu yang kita tolong selama ni tu apa?

2) Orang tu memang pernah tolong kita pun. Tapi kita still tak puas hati dan rasa dia bukanlah orang yang rela menolong kita.

K.O.N.K.L.U.S.I:

Ikhlas. Ya itu lah kata kuncinya.

1. Kenapa banyak kali kita tolong pun, orang masih tak nampak? Masih dikata kita tak membantu. Kerana setiap kali pertolongan diperlukan, bukan tangan kita yang rela menghulur, bahkan terpaksa dipinta dan dirayu oleh si peminta tolong tadi. Ini kriteria utama. Sebab orang tu tak nampak kita sebagai orang yang betul-betul boleh diharapkan membantu bila didalam kesusahan, tapi terpaksa meminta2 untuk dibantu. Bahkan kadang2 dibuat2 tak faham bahawa orang itu benar2 mendambakan pertolongan. Jadi bagaimana nak membina persepsi baik bahawa kita penolong yang sudah banyak menolong?

2. Kalau banyak kali orang tolong pun, kita tak rasa benar2 tertolong? Kerana lelah menghadapi kesusahan tersebut bertambah dengan lelah menghadap ketidakrelaan si penolong. Ya, lelah berganda.

3. Ikhlas itu bukan "Saya dah banyak tolong awak!"
Ikhlas itu maknanya "Saya dah buat yang termampu untuk tolong awak!"

Acapkali melabel diri sebagai pembantu yang baik dengan hanya mengira frekuensi penglibatan, kita selalu salah pemahaman,
Kualiti pertolongan adalah bukan pada kuantiti pertolongan! Tapi pada kesungguhan dan kerelaan!

Walau sekali awak tolong, tapi dengan kesungguhan dan tanpa perlu dipinta2, akan dikenang sampai mati!
Tapi kalau banyak kali awak tolong, tapi dengan aura tidak ikhlas, sebab tu si peminta tolong tak mampu mengenang pertolonganmu!

"Pulau Pandan jauh ketengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH,
BUDI YANG BAIK DIKENANG JUA."


Saturday, 1 June 2013

Detik.. Detik.. Penghujung

bercerai kasih, berpisah ruang
berlalu waktu....

bersua semula,
alangkah hiba,
tak lagi serupa,
menanti masa,
berakhir segala,
tamat.
kenangan tercipta.