Thursday, 10 April 2014

ULANGTAHUN

Kalau saya cuma duri
Kita cuma empat hari

Kalau saya cuma racun
Tak sampai empat tahun

Kalau awak cahaya
Kita patut selamanya

Kalau saya harapan
Kita patut bertahan


Dedicated to 10th April 2014.




Monday, 31 March 2014

Sunday, 30 March 2014

Monday, 17 March 2014

KUTIP


Cantik kasut bayi yang baru dilempar dalam tong sampah itu
Aku ambil
Aku cuci buang daki
Dah bersih sikit
Senyum aku sendiri
Aku jemur

Sudah kering
Boleh sarungkan pada kaki adik
Nanti tengoklah
Tepuk tangan manja dia tersengih

Aku anak jalanan
Bukan tak biasa
Pakai baju orang bagi
Bukan tak biasa
Kutip apa yang orang buang
Biasa.

Sunday, 9 March 2014

Perempuan


Perempuan.
Ya, aku perempuan.
Kalau kau lelaki,
Awal-awal aku nak tegah, jangan baca.
Jangan.

Perempuan hidup dalam dunia dia sendiri.
Ya, sendiri.

Maksud aku,
Minah, latifah, faridah, kalsom, orkid,
Walau satu jantina,
Semua hidup dalam dunia masing-masing.

Aku pun.
Dia pun.

Realiti kami terhasil dari fantasi.
Contoh dia banyak keliling pinggang kita.

_______________________________________

Mesti nak contoh kan?

Aku dah kata.
Jangan baca.
Sebab kau, takkan faham.

Kalau yang baca perempuan,
Takpayah aku bagi contoh.
Dah boleh tangkap.

Sekarang masalahnya kau LELAKI.












Monday, 3 March 2014

Sama Rasa, Sama Sasa.

Tepis kata nista,
Macam tebas rumput.

Biar meluru padu,
Kena balik si pengata.

Tajam, pedih, bisa.

Biar sama rasa,
Baru sama sasa.

Bukan dendambara,
Nak bagi setara.





Lupa,
Tebas tebas juga,
Jangan terbabas.
Kesian diri sendiri,
Jangan samakan taraf dengan dia.

Wednesday, 26 February 2014

Warith

Dari manakah seorang anak lelaki belajar bagaimana untuk melayan isterinya? Dari cara ayahnya melayan ibunya dan input ibunya kepada dia.

Dari mana anak perempuan belajar melayan suaminya? Daripada ibunya dan bagaimana ibunya dilayan oleh ayahnya. 

Keseronokan bukan sahaja bila kita dilayan baik oleh pasangan kita, lebih besar seronok dan bahagia di hati ialah bila melihat bagaimana anak-anak kita dilayan oleh pasangan mereka.

Begitu juga dengan kesedihan dan keperitan rasa adalah berganda-ganda bila kita melihat anak-anak kita didera dan disakiti oleh pasangan kita.

Oleh itu elakkanlah menyakiti pasangan kita kerana balasannya bukan kepada kita sahaja, ianya boleh pergi kepada anak-anak kita dan mata kita yang melihat akan menjerut hati kita dengan kesalan. Sakitnya sangat dasyat.

What goes around comes around. Apa yang kita lakukan akan diperlakukan kembali kepada kita.

Berlemah-lembutlah dengan pasangan kita. Semoga Allah memelihara keluarga kita.

Bagi yang sudah bersendiri, semoga hidupmu akan menjadi lebih indah.

Salam sayang,

Ibu Rose


p/s: hanya iman yg tak dapat diwarisi. yg lain semua waris mewaris.

Tuesday, 25 February 2014

Kurung Kapas Bunga Halus

Heh gadis kampung.
Fesyennya tak mutakhir.

Kurung kapas bunga kecik.
Itulah fesyen dia.

Tapi dia ada identiti.
Dia berani.
Dia tak ketat gusi.

Dia, diri dia sendiri.

Hati Rasa Nak Bergelandangan

Kalau la kau tu gelandangan Hati oi,
Takdela yang sakit-sakit hinggap bersarang terus dalam diri manusia.

Kalau la kau tu gelandangan Hati oi,
Takde nye manusia terus sedih-sedih berhamba duka.

Kalau lah kau tu gelandangan Hati oi,
Maknanya kau tiada rumah.
Jadi takde yang pedih-pedih menginap terus dalam badan yang kau duduk tu.
Sebab kau boleh pindah randah.

Puisi Tak Siap

Merenung langit gelap,
Mengharap sinar seperti bulan.

Kekuatan telah diragut.
Kewanitaan telah dipagut.

Keceriaan dijerut,
Kelembutan dipatahkan,



Detik Terakhir

Detik yang dinanti kini tiba,
Wajah dirias namun mata berkaca,

Hati masih tidak tegar mengadapi detik itu,
Entah bagaikan tiada perasaan wujud, kosong.
Namun detik itu, detik yang dinanti.
Ironi.

Disulamkan simpuh,
Menanti detik itu,
Ayah melintas lalu, sungguh kehadirannya menggamit
Senyuman dia ukirkan, putih bersih
"Tunggu ayah....sekejap saja lagi."

Zahir sudah lafaz itu,
Ikatan sudah disahkan para penghuni langit,
Wajah hadirin berona hamdalah,

Diusung sebentuk tanda pengikat,
Disarung ke jari jemari yang segarnya bukan biasa,
Tunduklah, dikucup tangan kekasih dunia.

Kala itu, mata pun terpejam.
Detik yang dinanti pun tibalah sudah.
Pergilah dia menghadap Tuhannya,
Ya, itulah detik yang sebenarnya.

Maka bermulalah hidup baru,
Dengan kekasih dunia bukan,
Tetapi kekasih akhirat.

Maafkan aku kekasih dunia,
Dijemput dahulu sebelum kau sempat melabuhkan lelah penantian kita. :')