Wednesday, 26 February 2014

Warith

Dari manakah seorang anak lelaki belajar bagaimana untuk melayan isterinya? Dari cara ayahnya melayan ibunya dan input ibunya kepada dia.

Dari mana anak perempuan belajar melayan suaminya? Daripada ibunya dan bagaimana ibunya dilayan oleh ayahnya. 

Keseronokan bukan sahaja bila kita dilayan baik oleh pasangan kita, lebih besar seronok dan bahagia di hati ialah bila melihat bagaimana anak-anak kita dilayan oleh pasangan mereka.

Begitu juga dengan kesedihan dan keperitan rasa adalah berganda-ganda bila kita melihat anak-anak kita didera dan disakiti oleh pasangan kita.

Oleh itu elakkanlah menyakiti pasangan kita kerana balasannya bukan kepada kita sahaja, ianya boleh pergi kepada anak-anak kita dan mata kita yang melihat akan menjerut hati kita dengan kesalan. Sakitnya sangat dasyat.

What goes around comes around. Apa yang kita lakukan akan diperlakukan kembali kepada kita.

Berlemah-lembutlah dengan pasangan kita. Semoga Allah memelihara keluarga kita.

Bagi yang sudah bersendiri, semoga hidupmu akan menjadi lebih indah.

Salam sayang,

Ibu Rose


p/s: hanya iman yg tak dapat diwarisi. yg lain semua waris mewaris.

No comments:

Post a Comment