Monday, 31 March 2014

Sunday, 30 March 2014

Monday, 17 March 2014

KUTIP


Cantik kasut bayi yang baru dilempar dalam tong sampah itu
Aku ambil
Aku cuci buang daki
Dah bersih sikit
Senyum aku sendiri
Aku jemur

Sudah kering
Boleh sarungkan pada kaki adik
Nanti tengoklah
Tepuk tangan manja dia tersengih

Aku anak jalanan
Bukan tak biasa
Pakai baju orang bagi
Bukan tak biasa
Kutip apa yang orang buang
Biasa.

Sunday, 9 March 2014

Perempuan


Perempuan.
Ya, aku perempuan.
Kalau kau lelaki,
Awal-awal aku nak tegah, jangan baca.
Jangan.

Perempuan hidup dalam dunia dia sendiri.
Ya, sendiri.

Maksud aku,
Minah, latifah, faridah, kalsom, orkid,
Walau satu jantina,
Semua hidup dalam dunia masing-masing.

Aku pun.
Dia pun.

Realiti kami terhasil dari fantasi.
Contoh dia banyak keliling pinggang kita.

_______________________________________

Mesti nak contoh kan?

Aku dah kata.
Jangan baca.
Sebab kau, takkan faham.

Kalau yang baca perempuan,
Takpayah aku bagi contoh.
Dah boleh tangkap.

Sekarang masalahnya kau LELAKI.












Monday, 3 March 2014

Sama Rasa, Sama Sasa.

Tepis kata nista,
Macam tebas rumput.

Biar meluru padu,
Kena balik si pengata.

Tajam, pedih, bisa.

Biar sama rasa,
Baru sama sasa.

Bukan dendambara,
Nak bagi setara.





Lupa,
Tebas tebas juga,
Jangan terbabas.
Kesian diri sendiri,
Jangan samakan taraf dengan dia.